Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di institusi awam pada tahun 2023 (masih berdaftar dengan institusi awam sehingga 30 Jun 2023) dalam kategori berikut:
- berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
- berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
Bantuan subsidi ini hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal pelajar (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan).
Baucar hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.
Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023.
Pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Para pelajar institusi awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan.
Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui institusi masing-masing seperti di pautan di sini.
Untuk memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ini, para pelajar institusi awam perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:
- membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui institusi masing-masing;
- membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;
-
setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.
Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya seperti berikut:
Harga tiket Jumlah dibayar Kerajaan Jumlah dibayar pelajar Baki nilai baucar RM300 (Nilai asal) Tiket 1 (Kuala Lumpur-Kuching sehala) RM200 RM200 RM0 RM100 Penjelasan: Pelajar A diberi baucar RM300. Beliau membeli Tiket Kuala Lumpur-Kuching (Tiket 1) pada harga RM200 menggunakan baucar. Baki nilai baucar sebanyak RM100 boleh digunakan semula untuk tiket lain. Tiket 2 (Kuching-Kuala Lumpur sehala) RM150 RM100 RM50 RM0 Penjelasan: Pelajar A membeli satu lagi tiket iaitu Kuching-Kuala Lumpur (Tiket 2) pada harga RM150. Beliau menggunakan baucar dengan nilai baki RM100 manakala RM50 lagi dibayar oleh beliau. Jumlah RM350 RM300 RM50 - menggunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan.
Pelajar boleh membeli tiket penerbangan untuk penerbangan sambungan sekiranya dibuat dalam satu tempahan yang sama.
Contoh:
Pelajar yang menuntut di sebuah Institusi Awam di Kuala Lumpur boleh membeli tiket penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Marudi melalui Miri dalam satu tempahan yang sama (nombor tempahan atau Passenger Name Record (PNR) yang sama).
Contoh:
Pelajar yang menuntut di sebuah Institusi Awam di Kuala Lumpur boleh membeli tiket penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Marudi melalui Miri dalam satu tempahan yang sama (nombor tempahan atau Passenger Name Record (PNR) yang sama).

Tidak.
Tidak.
Tidak.