Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan untuk Pelajar Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Laluan Domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa)
-
pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang:
- berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
- berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
- pelajar sedia ada/ baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:
FASA STATUS PELAJAR TEMPOH PELAKSANAAN 1 Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing sehingga 30 September 2025 Mulai 1 Januari 2026 2 Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 Disember 2025 Mulai 1 Mac 2026 3 Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2026 Mulai 1 Julai 2026 - tarikh akhir untuk pelajar membuat rayuan adalah pada 31 Ogos 2026;
- hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
- hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly;
- tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2026 hingga 30 November 2026; dan
- tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2026. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.